Selasa, 20 Julai 2010
Sabtu, 24 April 2010
LATAR BELAKANG
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Kepanduan
Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
- Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti
- Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan
- Melahirkan ahli yang berkaliber
- Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
- Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
- Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
Misi & Visi
Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat."
Visi
"PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok."
Nilai-Nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:
- Integriti
- Kejujuran
- Hormat-menghormati
- Tolerasi
- Kasih Sayang
- Bantu-membantu
Objektif Am
Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.
Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain.
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
- Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
- Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.